Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.
Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Ketika ini, Pengurus-pengurus Agensi sedang mengendalikan urusan pengambilan dan temuduga ejen. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai ejen Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.. Pengambilan dibuat diseluruh negara
Untuk mendaftar sila ikuti langkah-langkah berikut;
Anda akan menerima;
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eucoZ
1. Dengan hanya berkelulusan SRP, adakah saya layak untuk memohon kerjaya sebagai Wakil Takaful?
Tidak layak. Kelulusan minima adalah SPM dengan sekurang-kurangnya lulus dalam 5 mata pelajaran.
2. Bolehkah kerjaya Wakil Takaful ini dijadikan sebagai kerja sambilan?
Kerjaya ini boleh diceburi secara sepenuh atau separuh masa. Namun begitu anda mestilah menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan dari semasa ke semasa yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas dan juga oleh pihak ketua agensi. Disamping itu anda mestilah mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan anda pada bila-bila masa yang diperlukan.
3. Saya berkelayakan ijazah kejuruteraan dari luar negara dan soalan saya, adakah kerjaya ini sesuai untuk saya?
Kerjaya ini sesuai untuk semua orang samada mereka itu berkelayakan SPM atau diploma atau ijazah atau master dan sebagainya. Dari perangkaan yang dikeluarkan setakat tahun 2005 didapati hampir 49% dari wakil yang berdaftar dengan Takaful Ikhlas adalah mereka yang mempunyai kelayakan ijazah dan/atau professional. Yang paling penting dalam kerjaya ini ialah diri anda sendiri mesti mempunyai sikap yang suka untuk membantu orang dan benar-benar berminat dengan kerjaya ini, mempunyai semangat usahawan, berusaha dengan gigih, berdisiplin yang tinggi, tabah menghadapi cabaran dan Insya Allah kejayaan milik anda.
4. Wakil Takaful merupakan kerjaya professional dan saya ingin tahu berapa tahun perkhidmatan diperlukan untuk kenaikan pangkat dari wakil biasa ke jawatan tertinggi iaitu Pengurus Agensi (AM)?
Bermula dengan perlantikan sebagai Wakil Takaful anda kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengurus Unit (AUM) jika anda telah mencapai produksi minima yang diperlukan serta telah memenuhi lain-lain syarat yang telah ditetapkan dan kebiasaannya akan mengambil masa dari satu (1) hingga dua (2) tahun. Dari AUM anda kemudian dinaikkan pangkat ke Pengurus Unit (UM) setelah anda memenuhi segala kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan pada kebiasaannya memerlukan masa dari satu (1) hingga dua (2) tahun. Akhir sekali kenaikkan pangkat dari UM ke Pengurus Agensi (AM) memerlukan masa dari dua (2) hingga empat (4) tahun dan ini bergantung kepada prestasi individu masing-masing dalam memenuhi kelayakan dan syarat-syarat yang diperlukan. Secara amnya paling minima/awal seseorang Wakil Takaful itu dapat mencapai ke tahap AM adalah empat (4) tahun dan pada kebiasaannya ia akan mengambil masa dari lima (5) hingga enam (6) tahun.
5. Jika saya seorang Pengurus Unit (UM), adakah saya juga perlu membuat produksi individu (personal production)?
Jika anda seorang UM dan juga membuat produksi individu maka anda akan memperolehi pendapatan 48% (komisen 35% dan Over-riding 13%) dari sumbangan setiap peserta anda untuk tahun pertama. Tetapi jika anda tidak membuat produksi individu anda hanya dapat over-riding 13% dari sumbangan setiap peserta yang didaftarkan oleh para wakil anda dan wakil-wakil anda akan memperolehi komisen 35% dari sumbangan setiap peserta mereka untuk tahun pertama.
6. Semua orang dah ada insurans dengan siapa saya nak jual?
Dari perangkaan yang diperolehi setakat tahun 2004, tidak lebih dari 30% penduduk di Malaysia yang mempunyai skim perlindungan insurans konvensional dan kurang dari 5% penduduk di Malaysia yang mempunyai skim perlindungan kewangan takaful. Oleh itu pasaran takaful di Malaysia masih lagi terlalu luas iaitu lebih-kurang 95%.
7. Saya mempunyai matlamat hidup untuk memperolehi pendapatan RM30,000 sebulan dalam masa 5 tahun akan datang dan soalan saya adakah kerjaya ini mampu merealisasikan matlamat hidup saya tersebut?
Takaful Ikhlas mula beroperasi pada Julai 2003 dan setakat hari ini (August 2006), baru 3 tahun ianya telah beroperasi. Namun begitu, dalam tempoh tersebut pun sudah ada wakil-wakil yang memperolehi pendapatan melebihi RM30,000 sebulan. Malah telah ada mereka yang memperolehi pendapatan lebih dari RM40,000 sebulan. Dalam kerjaya ini pendapatan adalah tiada limit dan ia akan berbeza dari seorang wakil dengan wakil yang lain bergantung kepada tahap usaha individu tersebut dan dengan pertolongan dan kehendak Allah s.w.t.
8. Katakan sekarang ini saya sudah menjadi Wakil Takaful selama 2 tahun dan mempunyai 300 peserta/pelanggan, soalannya bagaimana saya mampu untuk memungut sumbangan bulanan dari peserta/pelanggan saya yang begitu ramai?
Pelanggan/peserta boleh membayar sumbangan bulanan mereka dengan berbagai cara diantaranya ialah melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (untuk kakitangan kerajaan sahaja), kad kredit, potongan gaji oleh majikan, potongan melalui bank, maybank2u, cek tertunda, bayaran tunai di mana-mana cawangan terdekat dan sebagainya.
9. Bagaimana komisen saya dibayar?
Komisen anda akan dibayar dua (2) kali sebulan dan akan dikreditkan kedalam akaun simpanan/semasa anda. Setiap Wakil Takaful Ikhlas diwajibkan membuka akaun simpanan/semasa Al-Wadiah dengan Maybank atau Bank Simpanan Nasional untuk tujuan pembayaran komisen.
10. Mengapa saya perlu memilih untuk menceburi kerjaya ini berbanding dengan kerjaya yang lain?
a. Ini merupakan kerjaya yang bertaraf professional. Oleh itu kebanyakan universti di dunia ada menawarkan kursus-kursus professional berkaitan dalam bidang insurans atau takaful.
b. Pendapatan yang tiada limit/had dan berterusan. Pendapatan setiap wakil berbeza bergantung kepada usaha dan kegigihan setiap wakil.
c. Pasaran yang teramat luas dan ia merupakan keperluan setiap individu.
d. Anda sebenarnya membina empayar perniagaan francais anda sendiri yang tidak mempunyai risiko dan tidak memerlukan modal.
e. Anda merupakan seorang pendakwah didalam bidang muamalat Islam. Anda mengerjakan jihad untuk menegakkan muamalat Islam. Kerja yang amat murni.
f. Salah satu cara yang terbaik untuk mengejar impian sebagai Jutawan Mukmin dalam tempoh yang tidak panjang.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eucoZ
Berikut adalah perbandingan diantara 5 jenis kerjaya yang kebiasaannya diceburi.
|
Ciri-Ciri |
Pekerja |
Berniaga |
Pengarah |
Wakil Takaful |
|
Menepati hukum syariah |
? |
? |
? |
Ya |
|
Modal kerja yang kecil |
Ya |
Tidak |
Ya |
Ya |
|
Pendapatan tiada had/limit |
Tidak |
Ya |
Tidak |
Ya |
|
Kenaikan pendapatan/gaji |
Tahunan |
? |
Tahunan |
Bulanan |
|
Pekerjaan terjamin |
? |
Tidak |
? |
Ya |
|
Kepuasan berkerja |
Tidak |
? |
? |
Ya |
|
Waktu kerja flexible |
Tidak |
Ya |
? |
Ya |
Daripada analisa perbandingan diatas, kita dapati bahawa kerjaya sebagai Wakil Takaful merupakan satu-satunya profession yang memenuhi ciri-ciri idaman atau pilihan setiap orang yang beragama Islam.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eucoZ
Tahukah anda?
Takaful Ikhlas sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi WAKIL TAKAFUL KELUARGA
Tahukah anda, Ganjaran yang ditawarkan kepada anda merupakan antara yang tertinggi di Malaysia?
Ganjaran yang ditawarkan kepada anda;
Jika anda berjaya mendapatkan 10 perniagaan baru pada setiap bulan dan setiap peserta takaful keluarga mencarum RM100.00 sebulan. Maka anda akan menerima komisen seperti berikut:-
Ilustrasi komisen:
|
Bulan |
Kes* |
RM/Kes |
Sumbangan Terkumpul |
X 35% |
Kenaikan Komisen |
Komisen terkumpul |
|
1 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
350 |
|
2 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
700 |
|
3 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
1,050 |
|
4 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
1,400 |
|
5 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
1,750 |
|
6 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
2,100 |
|
7 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
2,450 |
|
8 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
2,800 |
|
9 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
3,150 |
|
10 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
3,500 |
|
11 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
3,850 |
|
12 |
10 |
100 |
1000 |
350 |
350 |
4,200 |
* 1 Pelanggan ditakrifkan sebagai 1 Kes
Selepas 12 bulan anda menjalankan perniagaan takaful keluarga. Anda akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM4,200 setiap bulan.
1 Jualan akan menjana
6 tahun pendapatan bulanan







Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eucoZ
Mengapa Kami Mempelawa ANDA?
InsyaAllah Kejayaan Anda Akan Tercapai Bersama-sama kami
|
Bagaimana Ikhlas2u.Net membantu anda, sebagai seorang wakil Takaful Ikhlas? Sebagai seorang wakil Takaful Ikhlas yang mendaftar melalui Ikhlas2u.Net, anda akan diberi kemudahan untuk mengakses laman web Ikhlas2u.Net dari segi;
|
Karier Impian Anda Bermula Di sini
Inginkan pendapatan tanpa batasan? Peningkatan Karier? Melancong Ke merata Tempat Secara Percuma? Kelayakan Profesional? Menjadi Boss Anda Sendiri Dikenali orang lain kerana pencapaian dan prestasi?
Potensi pasaran Takaful
Apa Yang Boleh Anda Harapkan
Karier di Takaful IKHLAS menawarkan anda laluan peluang untuk mencapai impian dan cita-cita anda. Di Takaful IKHLAS anda akan menikmati pengalaman yang mengujakan menerusi ganjaran dan kepuasan. Cuma yang perlu anda lakukan ialah mengambil langkah pertama.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI?
Menjadi Seorang Ejen TAKAFUL IKHLAS
“ Dan tolong- menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.
(Al Maidah : 2)
Puji-pujian Hanya Kepada Allah, dengan rahmatnya, mengurniakan kita peluang untuk menjadi hambaNya.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda” Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) berserta para nabi dan siddiqin dan para syuhada.” (Riwayat Ibnu Majah)
Kelayakan sebagai Wakalah (Agen):
Syarat sebagai Wakalah (Agen):
Mengapa Memilih Kerjaya Sebagai Wakalah (agen) / Perunding Takaful Ikhlas
Laluan Karier
Karier anda di Takaful IKHLAS bukan saja disokong padu oleh Ketua Agensi anda malah kami juga kerap menjadualkan kepada anda rekruit-rekruit baru kami dengan Program Peluang Takaful IKHLAS (TOP) sebagai landasan untuk memberi penjelasan mengenainya.
Dari kedudukan anda sebagai seorang ejen ke peringkat seterusnya sebagai Penolong Pengurus Unit (AUM) di mana anda mengendali dan membina sendiri kumpulan anda, sebelum ke tahap seterusnya sebagai Pengurus Unit (UM) dan Pengurus Agensi (AM) iaitu sebagai sebahagian daripada peningkatan karier anda bersama syarikat.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eucoZ
| | Berita Semasa | Takaful Keluarga | Takaful Am | Kerjaya | |
![]() |
Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan. |
Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.
Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

| “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati” Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan” Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda. |
Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.


| Pelawat | [+/-] | |
| Hari Ini: Semalam: Kelmarin: | 51 234 134 | +100 |
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 285 1079 1210 | -131 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 1162 5262 4673 | +589 |
Purata Pelawat | ||
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 142.5 154.1 172.9 | -11.6 -18.8 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 166 175.4 155.8 | -9.4 +19.6 |
Jumlah Pelawat | ||
| Semenjak Feb. 2010 | 27 729 | |