• Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

  • IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

  • Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.

  • Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Kepentingan sedia dana kecemasan

PDF | Cetak |

Dana Kecemasan

ANDA mungkin pernah mendengar pepatah ini, "Apabila hujan, ia turun dengan lebat!" Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Justeru, kita dinasihatkan supaya menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum 'tsunami' kewangan melanda!

Apakah yang dimaksudkan "Dana Kecemasan"?

“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:

  • Tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
  • Gigi geraham anda perlu dicabut.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

    Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!
  •  

    Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?

    Seperti mana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll never know what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!”) Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan “Vitamin M” (duit kecemasan).

    Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Along”), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah, walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.

    Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa depan, semua orang memerlukan dana kecemasan.

    Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?

    Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.

    Namun, hanya anda saja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:

  • Bayar diri anda sendiri terlebih dulu.
  • Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak.
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang benar-benar ketat!
  • Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putus asa!!
  •  

    Apakah yang dimaksudkan “Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dulu”?

    Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

    Jangan berputus asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan seringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi di hujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan, “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

    Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).

    Berapa banyak yang patut saya simpan?

    Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda. Bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.

    Matlamat anda adalah untuk mencipta dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

    Ingat: Mendapat tabiat menyimpan adalah lebih penting daripada berapa banyak yang anda simpan!

    Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?

    Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan pada waktu kecemasan. Namun, ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada modal anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.

    Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri anda sendiri terlebih dulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkan majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan atau saham amanah anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan saja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!

    Bagaimana saya boleh tahu bila “Dana Kecemasan” dapat digunakan?

    Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita mengenai menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat anda sendiri!

    Soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:

  • Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
  • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan depan?

    Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!

    Kesimpulan

    Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. “Dana Kecemasan” ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)

    Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.

    Sumber : Berita Harian
  • Hubungi kami di AAA Bumi Agensi :

    Hj. Razali Abd Hamid (AM)-0196614004
    Azlina Kamarudin -0192404027
    Syamilah Mohd Shah -012-2936597

    Share this post at your Facebook

    Menunjukkan catatan terbaru dengan label perancangan kewangan. Tunjukkan catatan yang lebih lama
    Menunjukkan catatan terbaru dengan label perancangan kewangan. Tunjukkan catatan yang lebih lama

    Kepentingan sedia dana kecemasan

    Urus Wang Anda: Kepentingan sedia dana kecemasan

  • Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eq6on

    Arkib Berita dan Artikel

    Berita dan Maklumat Semasa

    Serahan Tuntutan - Ikhlas2u

    Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital

    En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan.

    Pampasan Kepada Pencarum & Waris

    Portal Pengiklanan PERCUMA

    Taklimat Berkumpulan

    Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.

    Bayaran Caruman

    Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

    • Auto Debit - Maybank, BSN, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Islam
    • Arahan Tetap Bank - Semua bank
    • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) - Untuk kakitangan kerajaan sahaja
    • Online Banking - Maybank2u dan CIMB Clicks
    • Kad Kredit - Visa, Master Card
    • Cek Tertunda

    5 Perkara...

    “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati”

    Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas
    “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan”

    Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda.

    Ikuti Kami Di....

    Facebook: ikhlas2u MySpace: ikhlas2u Twitter: ikhlas2u YouTube: jendelasiber

    Cadangan Percuma

    Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas  untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.

    Surah Al-Ikhlas

    Carian

    Ikhlas Motor Takaful

    Cukai Jalan Pembiayaan Kalkulator
    ADMIN

    Hamizi M. Hussin
    Perunding Takaful
    017-421 1960
    hamizi@ikhlas2u.net

    Anda juga boleh menghubungi ADMIN menggunakan panggilan percuma internet menggunakan "Call Computer" Yahoo Messenger sekiranya anda mempunyai kemudahan multimedia - speaker dan microphone atau headphone

    Support Support
    Ada boleh menghubungi kami secara online untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk.
    Tetamu
    Kami ada 8 tetamu online
    Statistik
    Pelawat [+/-]
    Hari Ini:
    Semalam:
    Kelmarin:
    85
    234
    134

    +100
    Minggu Ini:
    Minggu Lepas:
    Minggu Sebelumnya:
    319
    1079
    1210

    -131
    Bulan Ini:
    Bulan Lepas:
    Bulan Sebelumnya:
    1196
    5262
    4673

    +589

    Purata Pelawat
    Minggu Ini:
    Minggu Lepas:
    Minggu Sebelumnya:
    159.5
    154.1
    172.9
    +5.4
    -18.8
    Bulan Ini:
    Bulan Lepas:
    Bulan Sebelumnya:
    170.9
    175.4
    155.8
    -4.5
    +19.6

    Jumlah Pelawat
    Semenjak Feb. 2010 27 764
    Chat

    YM Pingbox

    You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.