Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.
Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN dan NIEZAM ABDULLAH
KOS ubat-ubatan dan prosedur pembedahan dalam merawat penyakit-penyakit tertentu menjadi antara satu alasan utama kenapa kebanyakan pesakit tidak dapat bertahan dengan satu-satu pelan rawatan.
Tidak dinafikan, rundingan doktor dan harga ubat yang tidak kurang mahalnya boleh menjadi bebanan bagi sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang tidak dilindungi oleh insurans perubatan.
Itu semua boleh kita fahami. Pendek kata, tiada siapa yang sepatutnya tidak menerima apa-apa bentuk rawatan dan hanya berserah kepada takdir dan berpegang kepada falsafah ajal maut di tangan Tuhan – hanya kerana masalah kewangan.
Bagaimanapun, rayuan meminta derma dan bantuan dihulurkan bagi menanggung kos rawatan yang dibuat oleh individu tertentu menerusi media tanpa disedari telah memberikan impak yang negatif pada wajah sebenar sesuatu penyakit. Sedangkan gambaran sebenarnya menjanjikan sesuatu yang jauh lebih positif dan tidak sepatutnya menakutkan orang ramai.
Sepanjang minggu ini, Mingguan Malaysia menerima beberapa panggilan telefon serta e-mel daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pakar perubatan serta jururawat di dalam bidang onkologi klinikal iaitu satu bidang yang menawarkan rawatan untuk pesakit kanser dewasa.
Pakar onkologi (kajian dan amalan bagi merawat tumor/ketumbuhan) terbabit di dalam e-melnya yang menyusul selepas perbualan telefon melahirkan kebimbangan beliau dengan trend ini.
‘‘Pertama sekali, niat utama saya membawakan isu ini adalah untuk mendidik masyarakat. Saya tidak mahu orang ramai keliru selepas membaca cerita-cerita tentang kos rawatan yang amatlah tersasar itu. Apatah lagi dalam keadaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita masih ramai yang tidak faham mengenainya.
‘‘Mereka takut untuk berjumpa doktor bagi pengesahan penyakit dan lebih rela berjumpa bomoh atau pengamal terapi alternatif lain untuk berubat. Apabila kanser telah melarat dan tenggelam punca untuk mendapatkan rawatan, barulah mereka berjumpa kami
(doktor). Sudah tentu pada tahap ini penyakit sudah berada di tahap lewat dan sukar dirawat,’’ ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Mas.
Menurutnya, jika media sering kali melaporkan tentang individu yang memerlukan
hampir ratusan ribu ringgit untuk merawat kanser payudara, sudah tentu mereka yang
berpendapatan rendah semakin takut untuk menjalani rawatan disebabkan oleh kosnya
yang sangat tinggi.
Dr. Mas yang juga ahli Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) menyifatkan, jumlah
tersebut (bagi kemoterapi dan radioterapi) amat diragui memandangkan kos biasa di
pusat-pusat perubatan swasta adalah jauh lebih rendah.
Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa nama pakar lengkap dengan hospital
masing-masing yang menawarkan rawatan kanser.
‘‘Apa lagi rawatan tersebut ada ditawarkan di hospital kerajaan pada harga yang sangat
rendah memandangkan kos ubat yang termasuk di dalam protokol standard disubsidi
sepenuhnya oleh kerajaan. Sebagai contoh, kos kemoterapi FEC/FAC untuk kanser
payudara sebanyak enam kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cuma RM360 (RM60
sekali kemoterapi).
‘‘Jika pesakit memilih untuk mengambil rejimen kemoterapi berlainan misalnya T-A-C
atau A-T, mereka hanya perlu membeli sendiri ubat T itu - RM12,000 untuk enam kali
(lebih kurang RM1,500 hingga RM2,000 sekali) manakala kos untuk ubat A dan C
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,’’ kata Dr. Mas.
Mengulas lanjut, paling maksimum, rawatan radioterapi untuk kanser payudara adalah
sebanyak 25 hingga 30 kali. Kebanyakan pesakit yang melakukan mastektomi
(pembuangan payudara melalui pembedahan) secara puratanya cuma memerlukan 15 kali
radioterapi sahaja.
Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga
RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan
radioterapi). Di HKL, keseluruhan rawatannya tidak lebih RM500.
‘‘Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi
radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.
‘‘Pakar-pakar onkologi kerajaan dan swasta di dalam negara sering bertemu, mematuhi
garis panduan antarabangsa dalam pengurusan kanser. Tiada perbezaan dari segi teknik
rawatan, ubat-ubat yang disyorkan dan sebagainya,’’ terang beliau.
Kesemua ubat atau rawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan boleh
diperoleh di mana-mana hospital cuma di hospital kerajaan, rawatan yang diberikan
mestilah mengikut indikasi dan justifikasi penyakit kanser tersebut, tanpa mengira status
sosial, warna kulit dan sebagainya.
‘‘Tujuan saya bukanlah hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi biarlah berpada-
pada dalam semua tindak tanduk kita. Jangan kerana terlalu beria-ia untuk mendapat
rawatan di pusat swasta yang berstatus tinggi dan lebih selesa tetapi dalam masa yang
sama memberikan tanggapan yang salah kepada orang awam mengenai penyakit dan
rawatan kanser payudara ini. Itu yang saya mahu elakkan,’’ tegas Dr. Mas.
Sementara itu, Pakar Bedah Am, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri
Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain yang banyak kali membedah pesakit kanser
payudara ketika diajukan pertanyaan sama nyata terkejut dengan nilai tinggi yang
dinyatakan.
‘‘Ini pertama kali saya dengar. Biasanya, selepas membedah pesakit, kita akan rujuk
mereka kepada pakar onkologi. Bagi pesakit yang ada insurans atau ditanggung oleh
syarikat, mereka selalunya memilih agensi swasta untuk rawatan lanjut dan bagi yang kurang mampu, ke hospital kerajaan.
‘‘Saya biasa berurusan dengan salah sebuah institusi swasta terkemuka yang menawarkan perkhidmatan adjuvan ini. Secara pakejnya, kos dikenakan RM30,000 sebanyak enam pusingan (setiap pusingan dari tiga minggu ke sebulan),’’ katanya.
Kemoterapi pula, terangnya, mempunyai pelbagai kelas dari yang standard dan lebih
murah yang digunakan di negara ini sejak 10 hingga 20 tahun lepas sehinggalah kelas
yang lebih tinggi.
Mengulas lanjut, kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun lain, Malaysia
boleh dikatakan antara yang terbaik dalam penyediaan rawatan awamnya di mana tiada
seorang pun yang sakit akan terbiar tanpa rawatan walau tidak mampu membayar satu
sen pun.
‘‘Pesakit kanser payudara sentiasa boleh pergi ke mana-mana hospital besar di negeri
masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Jika hospital berkenaan tidak mempunyai
kepakaran atau rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kepada institusi swasta yang dibeli
perkhidmatannya oleh kerajaan,’’ katanya.
Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital
swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri
sepenuhnya kos rawatan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan terapi alternatif
bagi merawat kanser payudara kerana setakat ini ujarnya, para saintis sependapat bahawa
kebaikan kemoterapi mengatasi komplikasi teruk yang sering menjadi penghalang pesakit
untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kanser payudara, pembedahan merupakan rawatan utama sebelum disokong
dengan rawatan adjuvan (sampingan) seperti kemoterapi melalui suntikan atau oral dan,
radioterapi. Tidak semua orang memerlukan kemoterapi, ia bergantung kepada penilaian
pakar onkologi ke atas pesakit.
‘‘Walaupun kemoterapi sering dikaitkan dengan cerita-cerita negatif loya muntah,
keguguran rambut, keletihan melampau, tetapi pesakit tidak boleh menolaknya mentah-
mentah. Kebaikannya mengatasi keburukan dan tidak semua orang mengalami kesan
sampingan yang sama teruk di antara satu sama lain, jadi jangan bazirkan masa.
‘‘Ramai pengamal perubatan alternatif yang mengakui dapat merawat kanser dan yakin
dengannya. Kalau boleh, kami pun mahu belajar daripada mereka tetapi sehingga kini
tidak pernah jumpa satu pun yang didokumentasikan,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.
Selain kemoterapi, belum ada agen lain yang ditemui bagi membunuh saki-baki sel-sel
kanser yang halus dalam tubuh pesakit. Penggunaan antibodi masih dalam peringkat
percubaan yang masih awal.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan media supaya berhenti daripada
melayan rayuan-rayuan seumpama ini kecuali meminta pengesahan terlebih dahulu
daripada doktor pakar yang terbabit.
- Utusan
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/ereTw
| | Berita Semasa | Takaful Keluarga | Takaful Am | Kerjaya | |
![]() |
Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan. |
Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.
Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

| “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati” Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan” Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda. |
Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.


| Pelawat | [+/-] | |
| Hari Ini: Semalam: Kelmarin: | 94 134 160 | -26 |
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 94 1079 1210 | -131 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 971 5262 4673 | +589 |
Purata Pelawat | ||
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 94 154.1 172.9 | -60.1 -18.8 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 161.8 175.4 155.8 | -13.6 +19.6 |
Jumlah Pelawat | ||
| Semenjak Feb. 2010 | 27 538 | |