Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.
Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana manfaat kepada sijil asas.
Sekiranya berlaku kemalangan akibat kemalangan peserta dalam tempoh sijil, Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi akan di bayar kepada waris atau keluarga terdekat peserta.
Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD) peserta akibat kemalangan dalam tempoh sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada akaun pelaburan risiko peribadi peserta akan di bayar kepada peserta.
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal peserta akibat kemalangan peserta dalam tempoh pegangan sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada peserta.
Ikhlas Critical Illness Takaful Rider merupakan pelan perlindungan Takaful tahap perseorangan untuk tujuan memberi perlindungan kewangan ke atas serangan penyakit kritikal sepanjang tempoh sijil sepertimana yang dinyatakan dalam sijil.
Sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas jumlah perlindungan penyakit kritikal dibayar sekaligus, berdasarkan kepada jumlah perlindungan asas . Tuntutan yang di buat menerusi Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal, sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal. Bayaran yang di buat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko (PRIA) peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.
Ikhlas Critical Illness takaful Rider direka khusus untuk memberi perlindungan daripada kehilangan kewangan sekiranya anda diserang mana-mana 40 penyakit kritikal seperti disenaraikan. Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal. Julah perlindungan Penyakit kritikal akan di bayar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
Anda boleh memilih jumlah perlindungan tidak melebihi jumlah perlindungan asas.
Model Takaful Ikhlas membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Sijil berkuatkuasa lebih daripada sembilan puluh (90) hari, dan penamatan seperti yang dinyatakan di dalam ini, Peserta di tahan di dalam Pusat Perubatan Kerajaan atau yang berlesen dan dibenarkan atau di hospital yang dibenarkan oleh Syarikat atas syor dan kebenaran doctor atau doctor bedah yang berkelayakan secara sah, maka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam ini. Syarikat akan membayar kepada peserta manfaat harian hospital pada kadar yang ditunjukan pada helaian maklumat sijil berhubung dengan tempoh beliau di tahan tersebut.
JikaPembayaran manfaat hanya akan berkuatkuasa sekiranya Peserta dimasukkan ke Hospital lebih dari enam (6) jam (Tidak termasuk Rawatan Penjagaan Harian) dan maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada jumlah agregat tiga ratus enam puluh lima (365) hari ke atas semua sebab-sebab kemasukan ke hospital, yang mana selepas daripada itu Sijil Tambahan ini akan ditamatkan. Jumlah maksima bilangan hari bagi manfaat ini adalah seratus lapan puluh (180) hari bagi setiap kemasukan ke Hospital akibat daripada kemalangan atau sakit.
“ Tiada Apa Yang Boleh Menghalang Yang Tercinta daripada Terus Menjalani Liku Kehidupan Ini, Seandainya Segala Keperluan Masa Depan Mereka Sudah Di Atur”
Manfaat dicipta untuk memberi perlindungan ke atas kematian peserta di dalam tempoh penyertaan.
Apabila berlakunya kematian kepada peserta selepas mendapat bukti yang memuaskan Takaful ikhlas akan membayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau Wasi kepada peserta, manfaat seperti yang tertetera di helaian maklumat. Satu daripada dokumen-dokumen berikut dianggap sebagai bukti sah oleh takaful Ikhlas bagi membayar manfaat :-
Notis terhadap tuntutan hendaklah dikemukan secara bertulis dengan segera kepada Takaful ikhlas di Pejabat Utama atau di mana-mana pejabat cawangan dalam tempoh tujuh (7) hari, dan Takaful Ikhlas apabila menerima bukti kematian dan meluluskannya akan membayar amaun sebagaimana yang tercatit di dalam helaian maklumat sijil. Kegagalan mengemukan notis dalam tempoh yang dinyatakan tidak akan menyebabkan tuntutan ini tidak sah jika boleh ditunjukkan sebab-sebab yang munasabah bahawa notis ini sememangnya tidak dapat dikemukan dengan segera yang mungkin.
Manfaat ini direka untuk memberi bantuan kewangan segera kepada waris terdekat peserta jika berlaku kematian ke atas peserta. Apabila berlaku kematian peserta dalam tempoh pegangan sijil, Jumlah perlindungan ke atas perbelanjaan pengkebumian beserta dengan jumlah lebihan dalam Akaun Pelaburan Risiko peribadi (PRIA) peserta akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya.
Sebaik sahaja berpuas hati dengan bukti kematian, waris atau keluarga terdekat peserta akan menerima manfaat perbelanjaan kematian secepat mungkin tanpa perlu menghantar dokumen sampingan sebagai dokumen.
“ Kehidupan Penuh Dengan Cubaan Dan Dugaan Dan Pengecualian Caruman Merupakan Pelan yang Anda Perlukan Untuk Bersedia Menghadapi Ketidaktentuan Di Dalam Kehidupan Ini”
Manfaat Tambahan ini merupakan pelan Takaful Rider yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas. Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal seperti dinyatakan di dalam sijil, semua sumbangan masa hadapan akan dikecualikan.
Merupakan pelan yang membenarkan semua sumbanganmasa depan (termasuk rider-rider yang disertakan , kecuali rider penyakit kritikal) dikecualikan sebaik sahaja peserta disahkan mengidap salah satu daripada 39 jenis penyait kritikal seperti yang dinyatakan di dalam kontrak.
Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat pelan akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut ;-
Model Takaful Ikhlas membolehkan Takaful Ikhlas mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/eu3F6
| | Berita Semasa | Takaful Keluarga | Takaful Am | Kerjaya | |
![]() |
Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan. |
Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.
Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

| “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati” Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan” Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda. |
Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.


| Pelawat | [+/-] | |
| Hari Ini: Semalam: Kelmarin: | 84 134 160 | -26 |
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 84 1079 1210 | -131 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 961 5262 4673 | +589 |
Purata Pelawat | ||
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 84 154.1 172.9 | -70.1 -18.8 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 160.2 175.4 155.8 | -15.2 +19.6 |
Jumlah Pelawat | ||
| Semenjak Feb. 2010 | 27 528 | |