• Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

  • IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

  • Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.

  • Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Perlindungan Ke Atas 40 Penyakit Kritikal

PDF | Cetak |

Apakah Yang Dilindungi Oleh Ikhlas Critical Illness Takaful Rider

Ikhlas Critical Illness Takaful Rider memberi perlindungan dan ketenangan fikiran kepada peserta dan keluarga di kala peserta disahkan mengidap penyakit kritikal.

Pelan Ini Memberi Perlindungan Ke Atas :-

40 Penyakit Kritikal

Rider ini membuat pembayaran 100% daripada jumlah perlindungan ke atas penyakit kritikal sebaik sahaja peserta disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam pelan.

1.Angin Ahmar

Ditakrifkan sebagai kecederaan pembuluh darah pada pada otak ataupun insiden yang mengakibatkan masalah sistem saraf yang berkekalan di mana ianya berlanjutan tidak kurang dari enam (6) bulan. Kematian sel tisu otak, pendarahan dan emboli berpunca daripada sumber dari luar kawasan tengkorak kepala adalah termasuk di dalam definisi ini.Diagnosis mestilah berasaskan kepada perubahan-perubahan yang dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh Pakar Neurologi.

Pengecualian khususnya adalah gejala-gejala cerebral seperti serangan kekurangan darah sementara, sebarang defisit sistem saraf yang boleh pulih, gejala-gejala cerebral disebabkan oleh migraine atau penyakit pembuluh darah di bahagian mata atau saraf optic atau fungsi vestibular (keseimbangan).

2.Serangan Sakit Jantung

Kematian sebahagian dari otot jantung (myocardium) disebabkan oleh ketidakcukupan bekalan darah dan dibuktikan melalui :
a. Sejarah berlakunya sakit dada yang tipikal.
b. Perubahan-perubahan baru yang ditunjukkan melalui elektrokardiograf.
c. Kenaikan enzim kardiak (CK-MB) melebihi kadar normal yang biasanya digunapakai oleh kebanyakan makmal.

Diagnosis berdasarkan kenaikan ujian Troponin T sahaja tidak dianggap sebagai pengesahan serangan sakit jantung sakit dada (angina) adalah dikecualikan.

3.Penyakit Koronari Arteri Memerlukan Pembedahan

Merujuk kepada pembedahan secara pintasan artesri Koronari melalui pembukaan di bahagian thoraks (dada) bagi membetulkan atau merawat arteri lotonari yang berpenyakit tetapi tidak termasuk di dalam konteks ini adalah angioplasty atau lain-lain prosidur melalui intra-arteri “Lubang Kunci” atau laser.

4.Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Serius

Pengecilan saluran pembuluh darah ke atas sekurang-kurangnya 3 arteri yang utama iaitu Arteri Circumflex, Arteri Koronari Kanan dan Arteri Kiri Anterior Descending dengan pengecilan sekurang-kurangnya enam puluh peratus (60%) atau lebih seperti yang dibuktikan secara kajian saluran darah koronari (coronary angiography). Manfaat ini adalah boleh dibayar tanpa mengambil kira sebarang pembedahan arteri koronari telah dilakukan atau tidak.

5.Artherectomy Koronari

Bermaksud pertama kali menjalani pembedahan secara Angioplasty Berbelon Arteri Koronary, artherectomy (pembersihan saluran darah) rawatan laser atau penyematan tiub penyokong (stent) bagi memperbetulkan sebarang pengecilan atau sekatan ke atas satu atau lebih loronari arteri. Kajian ke atas arteri secara terus (intra-arterial) adalah dikecualikan. Pembayaran ke atas peuntukan ini adalah dihadkan kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit kritikal di bawah Sijil ini tertakluk kepada amaun maksimum RM25,000. Manfaat ini hanyalah boleh berbayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada amaun Sijil ini. Oleh yang demikian akan mengurangkan amaun Penyakit kritikal yang boleh berbayar kemudian.

Bukti perubatan adalah termasuk perkara-perkara berikut :-

  • a. Bukti yang nyata dan berkaitan perubahan pada ECG (penurunan pada segmen ST sebanyak 2 milimeter atau lebih) dan
  • b. Bukti secara Angiografi menyatakan lokasi sebenar sekatan atau pengecilan tersebut. Manfaat ini akan ditamatkan sebaik sahaja satu pembayaran terhad dibuat.

6. Penggantian Injap Jantung

Bermaksud menjalani pembedahan secara sebenarnya melalui pembedahan dada terbuka bagi menggantikan atau membaiki injap jantung yang rosak akibat dari oleh kecacatan injap jantung atau injap yang menjadi abnormal selepas dari tarikh kuatkuasa atau penguatkuasaan semula sijil. Sebarang pembaikan secara valvotomi, prosidur melalui arteri pembedahan “Lubang Kunci” atau teknik-teknik lain yang bersamaan adalah dikecualikan.

7. Pembedahan Aorta

Pembedahan sama ada melaui pembedahan dada terbuka atau abdomen bagi membaiki atau membetulkan aneurisma aorta sekatan ke atas aorta atau pengecilan pada saluran aorta. Bagi tujuam ini definisi aorta adalah bermaksud aorta thoraks dan abdomen tetapi bukan mana-mana cabang darinya.

8. Koma

Keadaan di mana tidak sedarkan diri dengan ketiadaan sebarang reaksi atau respon terhadap rangsangan luaran dan dalaman berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem bantuan hidup serta mengakibatkan desifit pada sistem saraf berlanjutan lebih daripada tiga puluh (30) hari. Pengesahan daripada pakar perunding Neurologi adalah diperlukan. Koma yang disebabkan oleh kecederaan yang dilakukan sendiri alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah dikecualikan.

9. Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari Primer

Bermaksud tekanan darah tinggi Arteri Pulmonari Primer dengan pembesaran nyata pada ventrikel kanan pada jantung yang dibuktikan secara siasatan termasuklah pengkatheteran kardiak yang menyebabkan kerosakn fizikal yang kekal dan tidak boleh berubah sekurang-kurangnya sehingga tahap 3 Klasifikasi keroskan Jantung Persatuan Kardiak New York, yang menyebabkan pemilik Sijil tidak berupaya untuk melaksanakan pekerjaannya.

10. Ketumbuhan Begigna Otak

Iaitu ketumbuhan bukan kanser yang membahayakan nyawa dengan cirri-ciri seperti peningkatan tekanan di dalam tengkorak kepala seperti papilloedema (pemnebgkakan pada cakera optik) gejala-gejala mental, sawan serta gangguan pada pancaindera. Kewujudan ketumbuhan ini haruslah dibuktikan secara kajian imbasan seperti imbasan CT atau MRI. Berikut ini adalah dikecualikan:

  • a. Sista
  • b. Granuloma
  • c. Pembentukan abnormal di dalam atau pada saluran arteri atau vena otak.
  • d. Haematoma
  • e. Ketumbuhan di dalam kelenjar pitultary atau tulang belakang.
  • f. Ketumbuhan saraf akoustik.

11. Radang Otak (Encephalitis)

Radang otak yang parah menyebabkan gangguan nyata dan kekal pada sistem saraf bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi. Defisit kekal yang dinyatakan mestilah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian yang akan ditakrifkan kemudian daripada ini, dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peralatankhas atau lain-lain peralatan bantuan serta penyesuaian yang digunakan oleh orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini maksud “kekal” merujuk kepada ketiadaan harapan untuk sembuhdengan bantuan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini. Radang Otak akibat daripad nagkitan HIV adalah dikecualikan.

12. Meningtis Bakteria

Radang pada membran otak dan saraf tunjang akibat serangan bakteria yang menyebabkan radang pada membran otak serta saraf tunjang mengakibatkan defisit neurology yang kekal sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari. Defisit yang berkekalan ini mestilah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripad aktiviti kehidupan harian yang akan dihuraikan kemudain daripada ini. Dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peralatan khas atau lain-lain peralatan bantuan serta penyesuaian yang digunakan oleh orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini maksud “kekal” merujuk kepada ketiadaan harapan untuk sembuh dengan bantuan teknologi dan pengetahuan terkini. Diagnosis penyakit ini haruslah disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi.

13. Kerosakan Buah Pinggang

Kerosakan buah pinggang peringkat akhir yang dilihat sebagai keroskan kronik yang kekal pada kedua-dua buah pingang yang mengakibatkan ketidakfungsiannya, di mana akibatnya rwatan dialisis yang rutin atau pembedahan pemindahan renal diperlukan.

14. Penyakit Sista Medulla

Merupakan penyakit keturunan yang progresif ke atas buah pinggang dengan cirri-ciri kewujudan sista pada bahagian medulla buah pinggang, atrophi pada tubul dan fibrosis pada ruang di antara sel-sel dengan manifestasi-manifestasi klinikal seperti anaemia, kerap buang air kecil dan kehilangan sodium melalui buah pinggang secara berperingkat menyebabkab seterusnya kegagalan krinik bauh pinggang. Diagnosis haruslah disokong dengan biopsy buah pinggang.

15. Lupus Erythernatosus Menyeluruh (SLE) dengan Lupus Nephritis

Merupakan suatu penyakit autoimun pelbagai faktor yang menyerang pelbagai sistem dan selalunya menyerang wanita di dalam tempoh usia produktif dengan cirri-ciri seperti penghasilan antibody terhadap badan yang mana diarahkan melawan antigen-antigen sendiri. Bagi tujuan Sijil ini SLE akan dihadkan kepada jenis-jenis Lupus Eryternatosus menyeluruh yang menyerang buah pingang (Jenis III hingga IV Lupus nephritis dikenal pasti secara biopsi). Kain-lain bentuk lupus discoid dan jenis-jenis lain yang hanya menyerang darah dan sendi adalah dikecualikan. Klasifikasi Lupus Oleh WHO:-

  • a. Kelas I (Perubahan Minima) – Negatif air kencing normal.
  • b. Kelas II (Mesangia) – Sedikit protein dikesan pada air kencing mendapan aktif.
  • c. Kelas III (Fokal bersegmen) – Protein dalam air kencing emndapan aktif.
  • d. Kelas IV (Tersebar) – Nephritis yang akut dengan mendapan aktif dan/atau Sindrom Nephrotic.
  • e. Kelas V (Membran) – Sindrom Neprotic atau protein di dalam air kencing yang keterlaluan.

16. Penyakit Hati Kronik

Kerosakan hati peringkat akhir dibuktikan secara berikut :-

  • a. Jaundis (penyakit demam kuning) yang kekal.
  • b. Bengkak pada abdomen (acsites).
  • c. Gangguan pada fungsi otak disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang dikumuhkan oleh hati (encephalopathy).
  • d. Tekanan tinggi pada bahagian portal (portal hypertension).

Wernocke’s Encephalppathy dan penyakit hati akibat dari penggunaan arak dan penyalahguaan dadah adalah dikecualikan.

17. Radang Virus hati fulminant

Ditakrifkan sebagai nekrosis (kematian tisu-tisu) hati yang lengkap atau hamper lengkap akibat dari serangan mana-mana virus menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Kriteria-kreteria diagnosis berikut adalah diperlukan:-

  • a. Pengecilan saiz hati yang ketara, dibuktikan secara ultrasound bahagian abdomen.
  • b. Nekrosis yang melibatkan keseluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular sahaja.
  • c. Kemerosotan fungsi hati yang ketara.
  • d. Jaundis (penyakit demam kuning) yang semakin teruk.

Jangkitan Hepatiris B atau status sebagai pembawa sahaja adalah tidak menepati kriteria diagnosis.

18. Penyakit Paru-paru Kronik

Kegagalan sistem pernafasan peringkat akhir termasuklah penyakit paru-paru kronik interstitial. Kriteria-kriteria bagi diagnosis penyakit adalah :-

  • a. Memerlukan terapi oksigen yang berterusan akibat daripada nilai ujian FEV 1 yang konsisten kurang daripada satu (1) liter (FEV merujuk kepada isipadu hembusan terkuat pada satu saat pertama ketika menghembuskan nafas dengan kuat)
  • b. Analisis gas-gas darah arteri dengan tekanan separa oksigen yang sama atau kurang daripada 55mmHg; dan
  • c. Dyspnoea (Kesukaran Bernafas) ketika rehat.

19. Pemindahan Organ Utama

Merujuk kepada pemindahan sebenar sebagai penerima organ-organ manusia berikut :-

  • a. Buah Pinggang
  • b. Paru-paru
  • c. Hati
  • d. Jantung
  • e. Sum-sum Tulang

20. Kanser

Kanser didefinasikan sebagai tumbesaran tidak terkawal dengan merebaknya sel-sel malignan dengan penyebaran serta pemusnahan tisu-tisu yang normal di mana rawatan yang penting atau pembedahan (tidak termasuk prosidur endoskopik semata-mata) amat diperlukan. Kanser tersebut haruslah dibuktikan secara histologi terdapatnya bukti-bukti malignan. Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan :-

  • a. Carcinoma in situ termasuklah cervix.
  • b. Ductal carcinoma in situ di bahagian payudara.
  • c. Papilary Caricinoma di bahagian pundit kencing dan tahap 1 kanser kalenjar Prostate.
  • d. Kesemua kanser kulit kecuali malignant melanoma.
  • e. Hodgkin’s Disease Tahap 1
  • f. Tumor yang dimenifikasikan akibat daripada komplikasi penyakit AIDS (Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Melawan Penyakit).

21. Anemia Aplastik

Merupakan kegagalan yang kronik serta berterusan ke atas sum-sum tulang di mana sum-sum tulang gagal menghasilkan sel-sel baru dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya salah satu dari yang berikut :-

  • a. Pemindahan darah yang tetap dan berterusan.
  • b. Agen perangsang sum-sum
  • c. Agen penahan sistem imun
  • d. Pemindahan sum-sum tulang.

22. Penyakit Motor Neuron

Penyakit motor neuron yang tidak diketahui sebabnya adalah bercirikan kemerosotan secara progresif trek-trek kortikospinal dan sel-sel anterior horn atau neuron-neuron bulbar efferent. Ini termasuklah spinal muscular atrophy progresif bulbar palsy, amyotrophic lateral sclerosis and primary lateral sclerosis. Diagnosis haruslah disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi.

23. Penyakit Parkinson

Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan akan penyakit Parkinson oleh Pakar Perunding Neurologi denga keadaannya :-

  • a. Tidak boleh kawal dengan pengambilan ubat dan
  • b. Menunjukkan tanda-tanda kehilangan fungsi yang progresif.

Penilaian adalah diperlukan bagi mengesahkan ketidakmampuan peserta untuk melakukan tanpa sebarang bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti-aktiviti harian yang didefinasikan kemudian daripada ini.Hanya penyakit Parkinson yang tidak diketahui puncanya dilindungi. Lain-lain bentuk Penyakit Parkinson seperti akibat penyalahgunaan dadah atau akibat bahan-bahan toksik adalah dikecualikan.

24. Penyakit Alzheimer / Irreversible Organic Degenerative Disorder

Kemerosotan atau kehilangan fungsi kapasiti intelektual atau kelakuan tidak normal yang dibuktikan secara klinikal serta melalui soal-jawab piawai yang diterima atau ujian pengesahan bahawa ianya akibat Penyakit Alzheimer atau Irreversible Organic Degenerative Disorder (dikecualikan daripada ini adalah neurosis, penyakit psikiatri dan sebarang penyakit organic akibat dadah/ubat atau alkohol) menyebabkan kekurangan nyata pada fungsi mental dan social yang memerlukan pemerhatian rapi ke atas Peserta. Diagnosis haruslah disahkan secara klinikal oleh Pakar Perunding berkaitan.

25. Sindrom Apllic

Keadaan di mana terdapat kematian tisu yang menyeluruh ke atas korteks (Lapisan Luar) otak manakala tangkai otak (brainstem) tidak terjejas. Diagnosis haruslah dishkan oleh pakar Perunding Neurologi dan mestilah didokumentasikan sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

26. Muscular Dystrophy

Diagnosis bagi penyakit ini memerlukan pengesahan dari Pakar Perunding Neurologi dengan kombinasi sekurang-kurangnya tiga (3) daripada empat (4) keadaan berikut :-

  • a. Sejarah keluarga yang positif.
  • b. Bukti klinikal termasuklah hilangnya deria sentuh, cecair cerebro-spinal yang normal serta sekurang-kurangnya refleks pada tendon.
  • c. Ujian electromyogram yang mengesahkan kewujudan penyakit.
  • d. Disyaki secara ujian biopsy ke atas otot. Kanak-kanak adalah dikecualikan daripada definisi ini.

27. Multiple Sclerosis

Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan oleh Pakar Perunding Neurologi yang mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berlanjutan sekurang-kurang untuk tempoh enam (6) bulan.

  • a. Gejala-gejala yang merujuk kepada trek (Jisim Putih) yang melibatkan saraf optic, tangkai otak dan saraf tunjang, mengakibatkan defisit neurologikal yang nyata.
  • b. Bahagian yang terlibat sama ada secara berbilang atau berasing, dan
  • c. Sejarah lampau yang didokumentasikan dengan jelas berlakunya perubahan penyakit atau gejala kepada lebih teruk dan perubahan-perubahan sementara penyakit kepada lebih baik.

28. Poliomyelitis

Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan berlakunya jangkitan Poliovirus oleh Pakar Perunding Neurologi yang menyebabkan penyakit lumpuh dibuktikan dengan gangguan terhadap fungsi motor atau kelemahan pada sistem pernafasan. Kes-kes yang menyebabkan tidak berlakunya kelumpuhan adalah tidak layak bagi manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh ( Contohnya Sindrom Guilain Barre) adalah dikecualikan.

29. AIDS Akibat Pemindahan darah

Keadaan di mana Peserta dijangkiti oleh Virus HIV atau AIDS dengan syarat :

  • a. Jangkitan tersebuat disebabkan oleh pemindahan darah yang berlaku di Malaysia atau Singapura selepas Sijil Tambahan ini berkuatkuasa.
  • b. Peserta bukannya seorang yang berpenyakit Haemophulia dan
  • c. Peserta tidak tergolong di dalm mana-mana kumpulan berisiko tinggi seperti tetapi tidak terhad kepada homoseksual penagih dadah dan pekerja seks. Pemberitahuan serta bukti berlakunya insiden tersebut adalah diperlukan melaui kenyataan daripada Pihak Berkuasa Kesihatan bahawa jangkitan tersebut adalah diperolehi secara perubatan.

30. Hilang Upaya Penglihatan

Kehilangan penglihatan kedua-dua mata yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi. Perakuan daripada Pakar Mata adalah diperlukan.

31. Penyakit Terminal

Peserta menderita sesuatu penyakit di mana Pakar Perunding Perubatan yang berkenaan berpendapat bahawa kemungkinan besar ianya akan menyebabkan kematian dalam tempoh dau belas (12) bulan. Peserta tidak menerima lain-lain rawatan yang aktif selain dari rawatan bagi mengurangkan kesakitan. Penyakit Terminal yang disebabkan oleh AIDS adalah dikecualikan.

32. Kelecuran Utama

Kelecuran tahap tiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada tubuh Peserta mengikut skala “The Rule of 9” Carta permukaan Tubuh Badan Lund & Browder.

33. Hilang Upaya Pertuturan

Kehilangan upaya untuk bertutur yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi bagi tempoh berterusan selama dua belas (12) bulan. Bukti perubatan mengesahkan kecederaan atau penyakit ke atas peti suara bagi menyokong ketidakupayaan ini mestilah daripada Pakat telinga, Hidung dan Tekak. Sebab-sebab psikiatri bagi manfaat ini adalah dikecualikan.

34. Hilang Upaya Pendengaran

Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi akibat daripada penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometri atau ujian ambang bunyi mestilah dikemukakan.

35. Hilang Upaya Pergerakan Bebas

Pengesahan daripada Pakar Perunding Perubatan terdapatnya hilang upaya melakukan pergerakan bebas yang berlarutan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan (6) bulan dan mengakibatkan ketidakupayaan yang kekal untuk melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian seperti yang akan ditakrifkan kemudian daripada ini sama ada menggunakan atau tidak sebarang peralatan mekanikal, peralatan khas atau alat bantuan atau penyesuaian bagi orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud di luar harapan untuk sembuh dengan pengetahuan serta teknologi yang terkini.

36. Lumpuh / Paraplegia

Kehilangan fungsi kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki atau satu tangan dan satu kaki yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi disebabkan oleh penyakit atau keceraan yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh berlakunya trauma atau penyakit tersebut.

37. Trauma Kepala Utama

Kecederaan fizikal terhadap kepala mengakibatkan kerosakan fungsi yang kekal dan tidak boleh disembuhkan lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh waktu tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Kerosakan fungsi ini haruslah disahkan oleh Pakar perunding Neurologi dan dipersetujui oleh Peagawai Perubatan Syarikat dan haruslah berkesudahan dengan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian seperrti yang ditakrifkan kemudain daripada ini, sama ada menggunakan atau tidak sebarang perlatan mekanikal, peralatan khas, atau alat bantuan atau penyesuaian bagi orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud di luar harapab untuk sembuh dengan pengetahuan serta teknologi yang terkini.

38. Cardiomyopathy

Diagnosis yang nyata serta tanpa keraguan oleh Pakar Perunding Jantung akan penyakit Cardiomyopathy yang menyebabkan kerosakan ke atas fungsi ventrikel, disyaki melaui ujian ECG yang tidak normal dan disahkan akibat pelbagai sebab melaui ujian echo ke atas jantung mengakibatkan kerosakan fizikal yang kekal sekurang-kurangnya pada tahap III klasifikasi keroskan Kardiak Persatuan Jantung New York.

  • Kelas III – Pembatasan yang nyata – Pesakit bersehat tetapi melakukan aktiviti yang kurang daripada kebiasaannya di mana pada tahap ini pesakit ajan berdepan dengan gejala kesesakan jantung.
  • Kelas IV – Ketidakupayaan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa rasa tidak selesa. Gejala kesesakan jantung wujud walaupun ketika berehat. Rasa tidak selesa semakin bertambah dengan bertambahnya aktiviti fizikal. Cardiomyopathy yang disebabkan oleh pengambilan alkohol adalah dikecualikan.

39. Pembedahan Otak

Merujuk kepada pembedahan sebenar ke atas otak melalui pembukaan tengkorak kepala dengan menggunakan blus am. Prosidur Burr Hole atau pembedahan otak akibat daripada kemalangan adalah dikecualikan. Aktiviti kehidupan harian dan duduk daripada pada Radang Otak (Encephalitis) (11). Radang Selaput Otak akibat Bakteria (12) , Penyakit Parkinson (23), Hilang Upaya Pergerakan Bebas (35) dan Trauma Kepala Uatma (37) bermaksud seperti berikut :-

  • a. Perpindahan – Bangun dan duduk daripada kerusi tanpa bantuan fizikal dari orang lain.
  • b. Pergerakan – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik atau dari satu sudut bilik tanpa bantuan fizikal dari orang lain.
  • c. Pengawalan Perkumuhan – keupayaan untuk mengawal pembuangan air besar dan kecil untuk memelihara kebersihan diri.
  • d. Berpakain – memakai atau menanggalkan pakaian tanpa bantuan orang lain.
  • e. Membersikan diri – Keupayaan untuk memandikan diri secara berendam atau menggunakan pancuran air (termasuklah masuk atau keluar kolam atau bilik mandi) atau membersihkan diri dengan car-cara lain.
  • f. Makan – Semua kegiatan memasukkan makanan yang telah disiapkan ke dalam tubuh.

40. Manfaat Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD)

“Keilatan Kekal dan Menyeluruh” di rujuk kepada TPD membawa maksud keilatan yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit yang menyebabkan Peserta tidak mampu atau tidak berupaya untuk melakukan sebarabg kerja, pekerjaan, perniagaan atau profesion untuk menyara diri atau mendatangkan sebarang pendapatan, pampas an atau keuntungan untuk sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan berturut-turut setelah keilatan terjadi dan jika disahkan selepas itu sebagai menyeluruh dan kekal, maka bagi tujuan Sijil Tambahan, Syarikat akan menanggung liabiliti tersebut dari tarikh bermula keilatan tersebut. Kejadian-kejadian berikut juga akan dianggap sebagai keilatan kekal dan menyeluruh :-

  • a. Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata yang menyeluruh dan tiada harapan untuk sembuh; atau
  • b. Kehilangan secara terputus dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
  • c. Kehilangan menyeluruh penglihatan pada sebelah mata dan pergelangan tangan atau buku lali.

Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/epO4Y

Arkib Berita dan Artikel

Berita dan Maklumat Semasa

Serahan Tuntutan - Ikhlas2u

Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital

En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan.

Pampasan Kepada Pencarum & Waris

Portal Pengiklanan PERCUMA

Taklimat Berkumpulan

Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.


Bayaran Caruman

Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

  • Auto Debit - Maybank, BSN, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Islam
  • Arahan Tetap Bank - Semua bank
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) - Untuk kakitangan kerajaan sahaja
  • Online Banking - Maybank2u dan CIMB Clicks
  • Kad Kredit - Visa, Master Card
  • Cek Tertunda

5 Perkara...

“Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati”

Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas
“Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan”

Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda.

Ikuti Kami Di....

Facebook: ikhlas2u MySpace: ikhlas2u Twitter: ikhlas2u YouTube: jendelasiber

Cadangan Percuma

Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas  untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.

Surah Al-Ikhlas

Carian

Ikhlas Motor Takaful

Cukai Jalan Pembiayaan Kalkulator
ADMIN


Hamizi M. Hussin
Perunding Takaful
017-421 1960
hamizi@ikhlas2u.net

Anda juga boleh menghubungi ADMIN menggunakan panggilan percuma internet menggunakan "Call Computer" Yahoo Messenger sekiranya anda mempunyai kemudahan multimedia - speaker dan microphone atau headphone

Support Support
Ada boleh menghubungi kami secara online untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk.
Tetamu
Kami ada 2 tetamu online
Statistik
Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
Kelmarin:
70
234
134

+100
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
Minggu Sebelumnya:
304
1079
1210

-131
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
Bulan Sebelumnya:
1181
5262
4673

+589

Purata Pelawat
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
Minggu Sebelumnya:
152
154.1
172.9
-2.1
-18.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
Bulan Sebelumnya:
168.7
175.4
155.8
-6.7
+19.6

Jumlah Pelawat
Semenjak Feb. 2010 27 748
Chat

YM Pingbox

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.