Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.
Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Sekiranya berlaku kemalangan akibat kemalangan peserta dalam tempoh sijil, Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi akan di bayar kepada waris atau keluarga terdekat peserta.
Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD) peserta akibat kemalangan dalam tempoh sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada akaun pelaburan risiko peribadi peserta akan di bayar kepada peserta.
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal peserta akibat kemalangan peserta dalam tempoh pegangan sijil. Jumlah perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada peserta.
Ikhlas Critical Illness Takaful Rider merupakan pelan perlindungan Takaful tahap perseorangan untuk tujuan memberi perlindungan kewangan ke atas serangan penyakit kritikal sepanjang tempoh sijil sepertimana yang dinyatakan dalam sijil.
Sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas jumlah perlindungan penyakit kritikal dibayar sekaligus, berdasarkan kepada jumlah perlindungan asas . Tuntutan yang di buat menerusi Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal, sebaik sahaja peserta disahkan mengidap penyakit kritikal. Bayaran yang di buat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko (PRIA) peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.
Ikhlas Critical Illness takaful Rider direka khusus untuk memberi perlindungan daripada kehilangan kewangan sekiranya anda diserang mana-mana 40 penyakit kritikal seperti disenaraikan. Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal. Julah perlindungan Penyakit kritikal akan di bayar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
Anda boleh memilih jumlah perlindungan tidak melebihi jumlah perlindungan asas.
Model Takaful Ikhlas membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Sijil berkuatkuasa lebih daripada sembilan puluh (90) hari, dan penamatan seperti yang dinyatakan di dalam ini, Peserta di tahan di dalam Pusat Perubatan Kerajaan atau yang berlesen dan dibenarkan atau di hospital yang dibenarkan oleh Syarikat atas syor dan kebenaran doctor atau doctor bedah yang berkelayakan secara sah, maka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam ini. Syarikat akan membayar kepada peserta manfaat harian hospital pada kadar yang ditunjukan pada helaian maklumat sijil berhubung dengan tempoh beliau di tahan tersebut.
JikaPembayaran manfaat hanya akan berkuatkuasa sekiranya Peserta dimasukkan ke Hospital lebih dari enam (6) jam (Tidak termasuk Rawatan Penjagaan Harian) dan maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada jumlah agregat tiga ratus enam puluh lima (365) hari ke atas semua sebab-sebab kemasukan ke hospital, yang mana selepas daripada itu Sijil Tambahan ini akan ditamatkan. Jumlah maksima bilangan hari bagi manfaat ini adalah seratus lapan puluh (180) hari bagi setiap kemasukan ke Hospital akibat daripada kemalangan atau sakit.
Apabila berlakunya kematian kepada peserta selepas mendapat bukti yang memuaskan Takaful ikhlas akan membayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau Wasi kepada peserta, manfaat seperti yang tertetera di helaian maklumat. Satu daripada dokumen-dokumen berikut dianggap sebagai bukti sah oleh takaful Ikhlas bagi membayar manfaat :-
Notis terhadap tuntutan hendaklah dikemukan secara bertulis dengan segera kepada Takaful ikhlas di Pejabat Utama atau di mana-mana pejabat cawangan dalam tempoh tujuh (7) hari, dan Takaful Ikhlas apabila menerima bukti kematian dan meluluskannya akan membayar amaun sebagaimana yang tercatit di dalam helaian maklumat sijil. Kegagalan mengemukan notis dalam tempoh yang dinyatakan tidak akan menyebabkan tuntutan ini tidak sah jika boleh ditunjukkan sebab-sebab yang munasabah bahawa notis ini sememangnya tidak dapat dikemukan dengan segera yang mungkin.
Ikhlas Payor Savings Takaful Rider merupakan pelan Takaful Rider yang boleh disertakan kepada pelan asas dan diklasifikan sebagai pelan rider individu berkurangan. Pelan ini akan mengecualikan semua sumbangan tertunggak sijil ini di masa depam (termasuk rider-rider yang disertakan) sekiranya berlaku kematian ke atas penyumbang, kehilangan upaya dan menyeluruh (TPD) dan/atau penyumbang telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak) sebelum tempoh matang sijil.
Sekiranya berlaku kematian penyumbang, yang diakibatkan oleh semua sebab, Jumlah perlindungan bagi manfaat penyumbang tertunggak masa depan sijil termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan akan di bayar.
Sekiranya berlaku TPD kepada penyumbang yang disebabkan oleh semua sebab tertakluk kepada syarat dan peraturan rider, Jumlah Perlindungan Manfaat penyumbang yang setara dengan semua jumlah sumbangan bukan tertungak masa depan sijil (Termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dibayar.
Sekiranya penyumbang disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak), Jumlah perlindungan manfaat penyumbang yang setara dengan semua jumlah sumbangan bukan tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dibayar.
Sekiranya berlaku TPD atau penyumbang disahkan mengidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan manfaat penyumbang akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
Tdiak seperti pelan konvensional, pelan ini direka unik bukan sahaja untuk memberi perlindungan malah menggalakan simpana / pelaburan.
Bila tempoh matang sijil, lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko peribadi peserta dengan jumlah keuntungan dan lebihan akan dibayar kepada peserta.
Model Takaful Ikhlas membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/euqV1
| | Berita Semasa | Takaful Keluarga | Takaful Am | Kerjaya | |
![]() |
Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan. |
Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.
Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

| “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati” Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan” Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda. |
Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.


| Pelawat | [+/-] | |
| Hari Ini: Semalam: Kelmarin: | 118 134 160 | -26 |
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 118 1079 1210 | -131 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 995 5262 4673 | +589 |
Purata Pelawat | ||
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 118 154.1 172.9 | -36.1 -18.8 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 165.8 175.4 155.8 | -9.6 +19.6 |
Jumlah Pelawat | ||
| Semenjak Feb. 2010 | 27 562 | |