• Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

  • IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

  • Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.

  • Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional

PDF | Cetak |

Objektif Insurans dapatlah diungkapkan sebagai "Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik".

Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakkan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan"

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan Takaful dan Insurans Konvensional?

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak Insurans Konvensional. Pada tarikh tersebut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Elemen Gharar, Maisir dan Riba dalam Kontrak Insurans

A. Gharar

Maksud al-Gharar ialah "Ketidakpastian".
Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh        menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rush maksud al-Gharar ialah:

"Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah:

"Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang  sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai:

"Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:

"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderaan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan"

Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana:

"Apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan"

Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan:

"Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya"

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia,

"Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-

i.

Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.

ii.

Tidak diketahui kadar bayarannya.

iii.

Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:

[a]

Penjual dan Pembeli

[b]

(Ijab dan Qabul) Aqad

[c]

(Ma'kud Alaih/Subject Matter) Barang

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

[a]

Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.

[b]

Masa penyerahannya telah ditetapkan.

[c]

Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.

[d]

Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.

[e]

Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah.

Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ianya telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.

Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan/Belief". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.


B. Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

[a]

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

[b]

Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.

[c]

Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

C. Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

 

Penyelesaian Kepada Insurans Konvensional

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at


Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarr'uat adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar.

Kesimpulan


Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut. Insya Allah dengan adanya penyelidikan yang makin mendalam, maka aqadnya dapat dicambahkan lagi dengan instrumen yang lebih mendatangkan kebaikan kepada para pesertanya.

Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/epSuW

Arkib Berita dan Artikel

Berita dan Maklumat Semasa

Serahan Tuntutan - Ikhlas2u

Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital

En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan.

Pampasan Kepada Pencarum & Waris

Portal Pengiklanan PERCUMA

Taklimat Berkumpulan

Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.


Bayaran Caruman

Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

  • Auto Debit - Maybank, BSN, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Islam
  • Arahan Tetap Bank - Semua bank
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) - Untuk kakitangan kerajaan sahaja
  • Online Banking - Maybank2u dan CIMB Clicks
  • Kad Kredit - Visa, Master Card
  • Cek Tertunda

5 Perkara...

“Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati”

Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas
“Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan”

Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda.

Ikuti Kami Di....

Facebook: ikhlas2u MySpace: ikhlas2u Twitter: ikhlas2u YouTube: jendelasiber

Cadangan Percuma

Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas  untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.

Surah Al-Ikhlas

Carian

Ikhlas Motor Takaful

Cukai Jalan Pembiayaan Kalkulator
ADMIN


Hamizi M. Hussin
Perunding Takaful
017-421 1960
hamizi@ikhlas2u.net

Anda juga boleh menghubungi ADMIN menggunakan panggilan percuma internet menggunakan "Call Computer" Yahoo Messenger sekiranya anda mempunyai kemudahan multimedia - speaker dan microphone atau headphone

Support Support
Ada boleh menghubungi kami secara online untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk.
Tetamu
Kami ada 4 tetamu online
Statistik
Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
Kelmarin:
58
134
160

-26
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
Minggu Sebelumnya:
58
1079
1210

-131
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
Bulan Sebelumnya:
935
5262
4673

+589

Purata Pelawat
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
Minggu Sebelumnya:
58
154.1
172.9
-96.1
-18.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
Bulan Sebelumnya:
155.8
175.4
155.8
-19.6
+19.6

Jumlah Pelawat
Semenjak Feb. 2010 27 503
Chat

YM Pingbox

You need Flash player 6+ and JavaScript enabled to view this video.