Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang.
Tidak perlu ke JPJ, Tidak perlu ke bank, Tidak perlu menunggu giliran, Tidak perlu ke Pejabat Pos, Tidak perlu Geran / Kad Pendaftaran Kenderaan. Mudah, Cepat dan Senang, Segala Urusan Secara Atas Talian Jimat Masa dan Tenaga

BICARA AGAMA 17/02/2010
![]() |
|
Wakil-wakil Takaful IKHLAS diterapkan dengan kesedaran perlunya mempraktikkan akhlak dan disiplin sebagai wakil takaful.
|
ISLAM telah menyediakan garis panduan dalam menggerakkan ekonomi. Ia merangkumi semua kontrak kewangan Islam yang boleh digunakan bagi menjalankan perniagaan. Kontrak-kontrak tersebut mengandungi rukun dan syarat yang perlu dipatuhi demi memastikan hak semua pihak terjamin.
Di sebalik pematuhan kepada rukun dan syarat kontrak, terdapat unsur-unsur lain yang boleh menjayakan objektif kewangan Islam itu. Unsur-unsur tersebut termasuklah aktiviti, pengawal dan pengendali urusan kewangan berkenaan.
Semua unsur tersebut perlu menjunjung nilai dan akhlak sebagaimana yang digagaskan Islam agar sistem kewangan Islam dilihat sebagai sebuah sistem sebenar.
Ini kerana Islam adalah agama yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Ia bukan sahaja memerintahkan umatnya berpegang kepada syariah, tetapi menyuruh mereka supaya menganut Islam secara keseluruhan.
Ini jelas dipaparkan dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Dengan maksud yang lain, sistem kewangan Islam tidak cukup dengan pematuhan terhadap rukun dan syarat dalam aktiviti perniagaan sahaja. Ia memerlukan komitmen pengendali untuk memastikan sikap mereka, persekitaran tempat kerja, budaya dan sebagainya sejajar dengan nilai-nilai Islam.
Ini untuk meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadapnya. Sekali gus ia akan meningkatkan reputasi baik institusi berkenaan dan mendapat hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
Sebagai contoh, penulis mengambil Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sebagai rujukan. Takaful Ikhlas telah membuktikan keupayaannya sebagai entiti perniagaan yang begitu cepat berkembang dan pada waktu yang sama memastikan keseluruhan operasinya berlandaskan syariat.
Ia mempunyai visi dan misi yang jelas untuk meletakkan syarikat sebagai pengendali takaful pilihan yang dipandu oleh prinsip syariah.
Visi dan misi inilah yang memacu setiap operasinya agar tidak bercanggah dengan prinsip serta nilai-nilai syariat. Takaful Ikhlas sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat Jawatankuasa (JK) Syariah yang terdiri daripada sarjana-sarjana dalam bidang kewangan Islam.
Bermula dengan proses pengunderaitan, Takaful Ikhlas tidak akan menerima risiko-risiko yang bercanggah dengan syariat seperti kilang arak, premis perjudian dan pusat-pusat hiburan. Sebarang pengeluaran produk juga perlu melalui kelulusan JK Syariah terlebih dahulu.
Sekiranya JK Syariah tidak berpuas hati dengan ciri-ciri produk berkenaan, maka ia akan diperbetulkan semula dan akan diperbincangkan sekali lagi oleh JK Syariah. Setiap pelaburan syarikat pula dipantau secara berterusan oleh jabatan dan badan tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran.
Sekurang-kurangnya terdapat lima entiti yang mengawal selia proses pelaburan syarikat. Ini termasuklah Jabatan Pematuhan Syariah, Jawatankuasa Syariah, audit dalaman, audit luaran dan Bank Negara Malaysia. Ini menyebabkan semua warga kerja Takaful Ikhlas bertungkus-lumus memastikan semua operasinya berlandaskan syariah kerana ia dikawal ketat oleh entiti-entiti terbabit.
Namun begitu, syariah Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui prosedur yang ketat semata-mata. Ia perlu bermula dengan kefahaman yang jitu terhadap syariah Islam.
Justeru, dalam menerapkan kefahaman ini kepada warga kerjanya, Takaful Ikhlas secara berterusan membangunkan warganya dengan pelbagai program dan aktiviti pembangunan kakitangan seperti majlis tazkirah mingguan, solat secara berjemaah di tempat kerja, artikel berbentuk tazkirah dan sebagainya.
Di samping operasi dan aktiviti syarikat, pihak syarikat juga memastikan penerapan nilai-nilai syariah Islam dikembangkan dalam persekitaran tempat kerja. Ini termasuklah mewajibkan pekerja menutup aurat, kedudukan pekerja lelaki dan pekerja perempuan diasingkan, membudayakan memberi salam, mengamalkan akhlak-akhlak mulia dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej Islam kepada masyarakat di samping memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
Justeru, bagi memastikan mereka yang berada di sektor pemasaran ini benar-benar memahami tanggungjawab mereka, maka Takaful Ikhlas mewajibkan wakil-wakil mereka mengikuti kursus-kursus yang memberi kefahaman bagaimana menjadi wakil di sebuah institusi kewangan Islam.
Mereka juga diterapkan dengan kesedaran perlunya mempraktikkan akhlak dan disiplin sebagai wakil takaful. Ini untuk memastikan mereka sentiasa sedar bahawa mereka bukan sahaja ingin membantu masyarakat mendapatkan perlindungan terhadap keluarga dan harta benda, bahkan supaya mereka bertambah yakin dan istiqamah dalam membangunkan sistem kewangan Islam.
Semua ini boleh berlaku di mana-mana institusi atau organisasi asalkan warga institusi atau organisasi berkenaan memahami bahawa Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh) dan mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi untuk melihat Islam itu berada di tempatnya yang tinggi.
Maka umat Islam perlu mempraktikkannya secara menyeluruh termasuklah dari sudut aktiviti dan akhlak. Mana mungkin sebuah visi yang besar iaitu untuk membangunkan sistem kewangan Islam akan berjaya tanpa pengukuhan kefahaman dan sikap. Nescaya, individu dan institusi yang hanya memilih sudut-sudut tertentu dalam Islam tidak akan diberikan kejayaan oleh Allah SWT.
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/epxZ1
| | Berita Semasa | Takaful Keluarga | Takaful Am | Kerjaya | |
![]() |
Serahan Tuntutan Manafaat Elaun Harian Hospital En. Adi Zafri menyerahkan cek tuntutan manafaat elaun harian hospital kepada peserta Puan Siti Rokiah yang telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang bertugas. Penyerahan telah dibuat dalam satu majlis ringkas. Menurut Puan Siti Rokiah, beliau tidak menyangka selepas 4 bulan menyertai pelan Ikhlas Simpanan Takaful, beliau ditimpa musibah kerana terbabit dalam kemalangan, namun beliau bersyukur dan tidak menyangka yang pelan beliau sertai setidak-tidaknya dapat membantu beliau disaat-saat memerlukan. |
Untuk Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Swasta, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan sebagainya yang berminat untuk mendapatkan taklimat secara berkumpulan berkenaan produk Takaful Ikhlas sila isi Borang Taklimat Berkumpulan berikut. Taklimat yang diberikan oleh pihak kami adalah PERCUMA.
Selain di cawangan Takaful Ikhlas, Anda boleh membayar caruman anda melalui;

| “Muda sebelum Tua; Sihat sebelum Sakit; Kaya sebelum Miskin; Lapang sebelum Sempit; Hidup sebelum Mati” Keperluan Kepada Pelan Takaful Ikhlas “Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan” Di Takaful Ikhlas, kami sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda. |
Cadangan / Proposal ini merupakan asas kepada Perunding Takaful Ikhlas untuk menilai dan menyesuaikan tahap keperluan dan kemampuan kewangan semasa pemohon untuk mendapatkan pelan Simpanan, Perlindungan, Pendidikan dan Pelaburan Takaful Ikhlas. Diharap pemohon yang serius untuk mendapatkan Cadangan / Proposal dapat memberikan maklumat dengan selengkap mungkin supaya Cadangan / Proposal ini dapat disediakan sebaik mungkin. Anda akan menerima Cadangan / Proposal tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja melalui email anda.


| Pelawat | [+/-] | |
| Hari Ini: Semalam: Kelmarin: | 53 234 134 | +100 |
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 287 1079 1210 | -131 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 1164 5262 4673 | +589 |
Purata Pelawat | ||
| Minggu Ini: Minggu Lepas: Minggu Sebelumnya: | 143.5 154.1 172.9 | -10.6 -18.8 |
| Bulan Ini: Bulan Lepas: Bulan Sebelumnya: | 166.3 175.4 155.8 | -9.1 +19.6 |
Jumlah Pelawat | ||
| Semenjak Feb. 2010 | 27 731 | |