Takaful IKHLAS Rangkul Anugerah Produk Terbaik ![]() |
|
|
Kenyataan Dari Presiden Takaful Ikhlas ![]() |
|
Khabar angin menyatakan Takaful Ikhlas akan diambilalih atau dibeli oleh syarikat Takaful / Insurans yang lain. Saya sendiri menerima panggilan dari seorang individu pada 07 Julai 2010, jam 7.27 pagi dengan no panggilan 03-60753XXX yang menyatakan bahawa beliau mendapat berita dari Agency Manager XXXXX yang menyatakan Takaful Ikhlas akan diambilalih oleh syarikat XXXXX. Beliau cuba untuk membuat provokasi berkenaan perkara tersebut. Berikut adalah Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden Takaful Ikhlas dan Ketua Eksekutif Takaful Ikhlas anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad
Takaful Ikhals Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dengan ini mengeluarkan kenyataan bahawa Takaful IKHLAS adalah anak syarikat milik penuh (100%) MNRB Holdings Berhad. Segala khabar angin yang menyatakan Takaful IKHLAS akan diambilalih atau dibeli oleh mana-mana syarikat Takaful/Insurans yang lain adalah TIDAK BENAR sama sekali. |
| Ikhlas Haji Simpanan Takaful |
IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI). |
| Ikhlas Wanita Takaful - IWT |
|
Pelan Ikhlas Wanita Takaful adalah disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Wanita Takaful menyediakan Pelan Perlindungan Khas untuk golongan Wanita. Pelan Ikhlas Wanita Takaful memberi manafaat setara untuk kematian dan keilatan kekal menyeluruh beserta pelaburan. Ikhlas Wanita Takaful memberi pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui pengumpulan pelaburan di dalam Personnel Investment Account (PIA) sehingga tempoh sijil matang. Baca Lagi... |
| Adakah Anda Dilindungi? |
|
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya. |
| Peringkat Hidup |
![]() |
|
Kita melalui peringkat kehidupan yang berbeza-beza, menghadapi situasi yang berlainan dan mengalami pengalaman baru setiap hari. Bersedialah untuk menghadapi masa depan anda. Pastikan kehidupan anda dan keluarga terjamin, terutamanya dari aspek kewangan. Ketahui bagaimana pengurusan kewangan yang bijak dapat membantu anda melalui peringkat-peringkat kehidupan yang berbeza ini. Memahami Insurans dan Takaful Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan. Baca Lagi... |
| Perancangan |
|
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi. Bolehkah Keluarga Anda Meneruskan Hidup Tanpa Anda? Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans hayat dan pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh. |
Singkatan URL Artikel Ini: http://is.gd/dF2Mq


KUALA LUMPUR, 19 Julai 2010 (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd merangkul anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan baru-baru ini bersempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?





