Bermula April 2012, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah memberi mandat kepada IBFIM untuk mengendalikan Peperiksaan Asas Takaful (TBE).
TBE adalah satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang wakil perunding takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.
Struktur Peperiksaan – Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dijalankan sepenuhnya secara atas talian dan berasaskan komputer.

Setelah pendaftaran selesai anda akan menerima e-book yang berkaitan dengan Peperiksaan TBE, sila baca dan faham sebelum anda menduduki Peperiksaan TBE.
Peperiksaan berasaskan komputer akan dijalankan secara atas talian di pusat-pusat peperiksaan yang telah ditetapkan dan mengandungi tiga (3) bahagian iaitu:
- Bahagian A: Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan
- Bahagian B: Takaful Am
- Bahagian C: Takaful Keluarga dan Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILTP)

- Wakil perunding takaful keluarga adalah tertakluk di bawah Kod Etika Pengantara Takaful (Code of Ethics for Takaful Intermediaries) yang telah ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
- Selain itu, Wakil perunding takaful keluarga juga dikehendaki untuk lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dan memenuhi sekurang-kurangnya 30 jam masa latihan dalam setahun di bawah Program Pembangunan Professional Berterusan (Continuous Professional Development-CPD); dan
- Wakil-wakil perunding juga perlu mematuhi standard minimum dalam pendedahan maklumat sebagaimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Standard ini memerlukan wakil perunding untuk mendapatkan maklumat yang memadai tentang bakal peserta. Maklumat ini akan membolehkan wakil perunding untuk membuat analisa kedudukan kewangan dan peribadi bakal peserta di samping mengenalpasti keperluan kewangan serta keutamaannya. Ini kemudiannya membolehkan wakil perunding mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dan mampu disertai oleh bakal peserta.











