|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
TTakaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong – menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam. Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh ‘Mujaddid’ Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan ‘munakahat’ (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan. Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. ‘ijtihad’ digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:- “Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13) Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepada |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:- [a] Gharar Ayat Quran yang bermaksud:- “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri”. (an-nisa’:29) Walau bagaimanapun “barang” (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:- i. Gharar di dalam hasil pertukaran ii. Gharar di dalam kadar pampasan iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran iv. Gharar di dalam tempoh masa [b] Maisir [c] Riba
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||











