Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin menjamin’. Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.
Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Manafaat Perlindungan
IKHLAS Critical IllnessTakaful Rider
IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider
IKHLAS Hospital Benefit Takaful Rider
IKHLAS Immediate Death Takaful Rider
IKHLAS Waiver of Contribution Takaful Rider
Pelan Perlindungan & Simpanan – Takaful Keluarga
Capai Impian Anda - Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda mencapai impian dan cita-cita. Ikhlas Saving Takaful Plus merupakan pelan pelaburan yang menyediakan dana simpanan yang membantu anda menyimpan secara sistematik untuk mengoptimumkan kadar pulangan pelaburan anda secara selamat.
Realisasikan impian dan capai cita-cita anda kerana anda tahu, walau apa pun terjadi, simpanan anda untuk mereka yang tersayang terjamin.
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah Ikhlas Saving Takaful Plus – (1) Tahap perlindungan bertempoh (2) Akaun Pelaburan
Pelan Ikhlas Wanita Takaful adalah disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Wanita Takaful menyediakan Pelan Perlindungan Khas untuk golongan Wanita. Pelan Ikhlas Wanita Takaful memberi manafaat setara untuk kematian dan keilatan kekal menyeluruh beserta pelaburan.
Ikhlas Wanita Takaful memberi pampasan kewangan terhadap penyakit kanser khusus untuk wanita selain pampasan kematian dan juga kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disamping memberikan pulangan melalui pengumpulan pelaburan di dalam Personnel Investment Account (PIA) sehingga tempoh sijil matang.
Kehidupan ibarat perjalanan. Persiapkan diri anda dan keluarga untuk menunaikan Ibadah Haji. Ikhlas Hajj Saving Takaful adalah pelan yang dipekejkan bersama Ikhlas Saving Takaful (ISTP) dengan penambahan kadar sumbangan.
Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan termasuk faedah kematian, hilang upaya kekal menyeluruh dan faedah peyakit kritikal.
Pendidikan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang. IKHLAS Education Takaful Plus ialah sebuah pelan yang mampu memnbantu anda memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah pendidikan anak anda. Ia juga menyediakan perlindungan seandainya anak anda meninggal dunia atau hilang upaya.
Pelan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur di antara 30 hari hingga 12 tahun, jadi anda bolehlah merancang masa depan pendidikan mereka. Pelbagai pilihan fleksibel disediakan untuk Peserta berumur 6 hingga 23 tahun untuk membuatsumbangan sehingga Sijil matang.


Takaful Ikhlas Raih 2 Anugerah Antarabangsa
Jenama Takaful IKHLAS sekali lagi menerima pengiktirafan dengan dua anugerah antarabangsa yang berprestij iaitu Penyedia Takaful Terbaik daripada Berita Kewangan Islam dan Majalah Kewangan Islam Euromoney baru-baru ini. Anugerah yang diterima daripada Berita Kewangan Islam adalah merupakan pengiktirafan buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2008. Anugerah yang diterima ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan …
Read MoreGerak Hati Ringankan Beban Keluarga
IPOH – Gerak hati seorang bapa menamakan arwah anaknya dalam skim perlindungan Takaful Ikhlas, memberi kejutan kepadanya apabila menerima pampasan …
Read MoreRotavirus – Simptom dan Penularan
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu …
Read MoreTakaful Ikhlas Menang Tiga Anugerah Brandlaureate
Takaful Ikhlas telah dipilih sebagai Jenama Terbaik Tahun Ini oleh Anugerah Jenama Terbaik PKS The BrandLaureate 2011 manakala insurans perubatannya, …
Read More








